Cari:
Malaysia-Singapura Meterai Perjanjian Pertahanan
2015-03-03 12:12:42 CRI Cetak

Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian pertahanan bagi meningkatkan keselamatan di sempadan kedua-dua negara termasuk menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama-sama rakan sejawatannya dari Singapura, Dr. Ng Eng Sen di Singapura, semalam.

Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk menggalakkan lebih banyak pertukaran kerjasama ketenteraan termasuk maklumat risikan dan menitikberatkan ancaman seperti IS, di samping meningkatkan keupa­yaan Peronda Selat Melaka (MSP) bagi menambah keupayaan kawalan keselamatan di laluan perdagangan utama itu. Kedua-dua negara juga akan me­ngukuhkan kerjasama rapat pasukan ketenteraan masing-masing di luar bidang keselamatan seperti bantuan ketika Malaysia menghadapi bencana banjir baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, Dr. Ng Eng Sen turut menyatakan sokongan Singapura terhadap inisiatif Malaysia meningkatkan kerjasama ketenteraan melalui koordinasi peronda maritim di sempadan negara masing-masing.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China