Cari:
Malaysia Tahan Tiga Individu Terlibat IS
2015-03-04 13:12:09 CRI Cetak

Polis Malaysia menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam operasi khas di Johor, Perak dan Kuala Lumpur, sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka merupakan rak­yat tempatan dengan sus­pek pertama adalah seorang suri rumah dari Johor berusia 29 tahun. Suri rumah itu didapati turut bertanggungjawab menghasut seorang gadis tempatan untuk menyertai kumpulan militan tersebut baru-baru ini. Sementara suspek kedua merupakan seorang peniaga dari Perak. Dia ditahan kerana terlibat me­nyum­bang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai IS di Syria.

Menurut Khalid, sus­pek ketiga pula me­rupakan seorang kakitangan jabatan kerajaan berusia 39 ta­hun. Suspek yang berasal da­ri Perak itu ditahan kerana disyaki membantu men­­daftarkan akaun Facebook untuk kegunaan beberapa rakyat Malaysia termasuk anggota kanan kumpulan tersebut. Dia juga merancang untuk menyertai IS dalam masa terdekat.

Pada 18 Februari lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ketika cuba berlepas ke luar negara dipercayai untuk menyertai kumpulan IS di Syria.

(Sumber dari Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China