Cari:
Pelaburan Malaysia Tahun 2014 Cipta Rekod Baharu
2015-03-04 13:14:24 CRI Cetak

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia mengeluarkan laporan pelaburan tahun 2014 baru-baru ini, jumlah pelaburan Malaysia pada tahun 2014 telah mencipta rekod baharu dalam sejarah dengan mencatat 235.9 bilion ringgit, meningkat 8% berbanding pada tahun 2013. Antaranya, pelaburan tempatan mencatat 72.6%, manakala 27.4% adalah pelaburan langsung asing(FDI). Kerajaan Malaysia telah mengesahkan sebanyak 5,942 projek pada tahun 2014, dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 178 ribu.

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa walaupun ekonomi sejagat menghadapi cabaran yang amat besar, namun bidang asas ekonomi Malaysia tetap berdinamik. Tabung Kewangan Antarabangsa turut meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini berada pada kadar 3.5%, manakala kadar bagi Malaysia dijangka mencatat 4.5%-5.5%. Kerajaan Malaysia akan terus mengambil langkah-langkah untuk menarik pelabur termasuk memperbaharui dasar bagi meningkatkan kemudahan pelaburan, memberikan insentif kewangan serta meningkatkan kerjasama antara kerajaan dengan sektor berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China