Cari:
Kerjasama Pemindahan Teknologi China-ASEAN Semakin Giat
2015-03-06 11:30:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perusahaan, institusi penyelidikan sains dan persatuan perdagangan dari China dan negara anggota ASEAN telah menyertai jaringan kerjasama pemindahan teknologi China-ASEAN. Menurut Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (CATTC), setakat ini, jaringan tersebut telah menarik sebanyak 1,188 syarikat yang meliputi provinsi dan bandar utama China serta pelbagai negara anggota ASEAN.

Sebagai platform penting untuk menjalankan pemindahan teknologi antara China dan ASEAN, CATTC membantu syarikat kedua-dua pihak mencapai projek kerjasama yang bernilai hampir RMB 310 juta.

Dimaklumkan, CATTC telah menandatangani perjanjian dengan institusi di Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos untuk menubuhkan pusat pemindahan teknologi. Selain itu, CATTC dengan Malaysia pula menandatangani minit mesyuarat berhubung pemubuhan Pusat Pemindahan Teknologi Malaysia-China. Penubuhan pusat tersebut akan memperkasa kerjasama antara China dengan negara anggota ASEAN dalam bidang sains dan teknologi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China