Cari:
Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Sedia Tarik Lebih Banyak Pelaburan
2015-03-06 14:01:37 CRI Cetak
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) International Business Centre Sdn Bhd menyatakan bahawa Malaysia, sebagai model negara-negara Islam dan pengerusi ASEAN tahun ini, dijangka dapat menarik lebih banyak pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif OIC Datuk Raja Mohamad Abdullah berkata Malaysia merupakan peneraju dari segi perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial dalam kalangan 57 anggota OIC.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai antara ekonomi yang paling fleksibel dan pendekatan paling mesra perniagaan dalam dunia Islam. Hal ini membantu merangsang keyakinan pelabur terhadap asas-asas Malaysia.

Raja Mohamad berkata sebagai anggota OIC dan ASEAN, Malaysia mempunyai kelebihan menjadi pemangkin dalam membekalkan produk-produk berkaitan Islam ke negara-negara OIC atau dunia Islam.

(Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China