Cari:
Malaysia Berkeyakinan Pesawat MH370 Akan Ditemu
2015-03-06 17:30:05 Agensi Berita China Cetak
Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyatakan bahawa Malaysia, Australia dan China tidak akan menghentikan operasi untuk mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang setahun lepas. Beliau berkeyakinan pesawat MH370 akan ditemui.

Dimaklumkan, selepas insiden MH370 hilang, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM 67 juta untuk operasi SAR pesawat tersebut. Liow berkata, kini, empat buah kapal sedang menjalankan operasi SAR di perairan Lautan Hindi dan cuaca di perairan itu baik untuk operasi SAR berkenaan dijalankan. Operasi SAR di perairan yang seluas 60 ribu kilometer persegi dijadual diselesaikan pada bulan Mei depan.

Beliau menambah, anggota keluarga penumpang China boleh meminta bayaran pampasan melalui MAS dan syrikat insurans.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China