Cari:
PM Malaysia: Rakyat Malaysia Bersatu Peringati Mangsa MH370
2015-03-08 15:10:36 CRI Cetak

Bersempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 hari ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dalam mengenang dan memberi penghormatan kepada mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi itu.

Najib menegaskan bahawa Malaysia sentiasa komited terhadap usaha berterusan untuk mencari pesawat itu dan berharap MH370 akan dijumpai. Sambil menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib berkata, operasi mencarinya juga merupakan usaha paling rumit dan amat mencabar dari segi teknikal dalam sejarah penerbangan. Najib juga menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada setiap petugas yang terlibat dalam misi mencari Penerbangan MH370.

Pada 8 Mac tahun lepas, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan tidak sampai setengah jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi. Pesawat Boeing 777-200ER itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Setakat ini, operasi mencari pesawat itu di Lautan Hindi - tempat ia dipercayai hilang - telah meliputi kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian seluas 60,000 km persegi, manakala kira-kira 208,000 km persegi lautan itu telah dibuat pemetaan.

(Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China