Cari:
Laporan Interim MH370 Didedah
2015-03-09 15:37:37 CRI Cetak

Genap setahun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac tahun lalu, Malaysia mengumumkan laporan interim yang disediakan oleh pasukan penyiasat antarabangsa semalam.

Antara penemuan signifikan pasukan penyiasat antarabangsa ialah rekod penyelenggaraan pesawat dan sistem penerbangan mendapati tiada sesuatu keadaan luar biasa terhadap enjin MH370 sebaliknya pesawat tersebut memenuhi semua piawaian.

Selain itu, tiada tingkah laku luar biasa pada semua anak kapal pesawat seperti pemencilan sosial, perubahan kelakuan atau minat dan pengabaian diri.

Laporan 578 muka surat yang dinamakan "Maklumat Fakta: Penyiasatan Keselamatan untuk MH370 " itu dikeluarkan semalam oleh pasukan berkenaan bagi memenuhi ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) supaya perkembangan siasatan diumumkan setiap kali ulang tahun insiden sekiranya laporan akhir belum disediakan.

(sumber diubah suai dari Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China