Cari:
Pencarian MH370 Diteruskan
2015-03-09 16:47:32 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak akan diberhentikan serta akan meneruskan usaha untuk membantu ahli keluarga mangsa nahas tersebut.

Menurut beliau, MAS sudah memulakan usaha membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Pihak China akan menyokong kesemua perkhidmatan yang diperlukan kepada waris penumpang dan membantu melindungi kepentingan dan permintaan mereka yang sah di sisi undang-undang.

Seramai 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu tidak dapat dikesan sejak hilang pada 8 Mac tahun lalu dan menjadi satu misteri terbesar yang masih tidak dapat diselesaikan hingga kini, kebanyakan penumpang MH370 adalah warganegara China.

(sumber diubah suai dari Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China