Cari:
MH370: Siasatan Kini Tertumpu Tujuh Bidang
2015-03-09 16:48:41 CRI Cetak

Siasatan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini tertumpu kepada tujuh bidang dalam analisis yang dijalankan terhadap fakta-fakta sahih berhubung tragedi tersebut.

Ketua Penyiasat Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia untuk MH370, Datuk Kok Soo Chon berkata, antara bidang yang diberikan perhatian termasuk kelayakan terbang dan penyelenggaraan sistem pesawat.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberitahu, bidang lain ialah konsainan kargo, profil anak kapal, lencongan daripada laluan penerbangan asal, maklumat organisasi dan pengurusan DCA serta MAS dan komunikasi satelit.

Menurutnya, pasukan penyiasatan juga te­lah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan senarai semak untuk siasatan mengikut dokumen berkenaan sebagai persiapan sekiranya pesawat tersebut ditemukan oleh pasukan pencari.

Dalam masa beberapa bulan akan datang, pasukan penyiasatan perlu melakukan analisis sebelum membuat kesimpulan dan syor berhubung keselamatan berdasarkan fakta-fakta sahih yang dikumpulkan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China