Cari:
Firma Guaman Teruskan Saman MAS
2015-03-10 10:47:58 CRI Cetak

Laporan penyiasatan yang mendedahkan bateri perakam data penerbangan atau kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 luput boleh menjadi faktor utama yang akan digunakan sebagai bukti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat penerbangan itu ekoran operasi mencari pesawat itu masih belum berhasil.

Firma guaman Amerika Syarikat (AS), Kreindler & Kreindler LP yang mewakili 20 ahli keluarga penumpang pesawat itu berkata, bateri luput berpotensi menjadi penentu jumlah pampasan jika perkara tersebut mengganggu pencarian pesawat itu.

Peguam firma itu, Justin Green dalam e-mel kepada Reuters berkata, MAS kini lebih jelas bertanggungjawab atas kegagalan mencari pesawat berkenaan.

Laporan siasatan setebal 584 muka surat berhubung dengan kehilangan pesawat MH370 itu menyatakan bateri kotak hitam itu luput pada Disember 2012 dan tidak digantikan.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China