Cari:
Laporan Interim MH370 Diteliti
2015-03-10 16:26:55 CRI Cetak

Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneliti laporan interim siasatan MH370 dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang kelemahan, termasuk kecuaian manusia dalam menangani tragedi penerbangan pesawat berkenaan pada 8 Mac tahun lepas.

Demikian dinyatakan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.

Liow berkata, beliau telah menugasi kementerian berkenaan untuk melakukan kajian segera dan analisis maklumat faktual yang dilampirkan bersama-sama dengan laporan tersebut. Tindakan ini adalah untuk memastikan sebarang kelemahan dan kekurangan tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China