Cari:
Permohonan Anwar Ditolak
2015-03-11 14:35:09 CRI Cetak

Sesetengah ahli parlimen dari Pakatan Rakyat melancarkan protes dengan cara mencukur kepala mereka di depan Bangunan Parlimen Malaysia semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersabit dengan kesalahan kes liwat.

Akhbar Utusan melaporkan permohonan Anwar untuk hadir pada sesi sidang Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula 9 Mac hingga 9 April ditolak mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Penjara 1995.

Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pihaknya telah membuat pertimbangan dan memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan tersebut. Anwar tidak sepatutnya dibenarkan menghadiri dan mengambil bahagian dalam persidangan Parlimen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China