Cari:
Presiden Myanmar Lawat Malaysia
2015-03-12 14:26:11 CRI Cetak

Presiden Myanmar, U Thein Sein, akan mengadakan lawatan ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, lawatan pemimpin Myanmar itu merupakan yang pertama ke Malaysia selepas beliau dilantik sebagai presiden republik itu pada tahun 2011.

Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka berbincang mengenai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan peningkatan kerjasama dalam pelbagai sektor serta bertukar-tukar pandangan berhubung dengan isu-isu serantau.

Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar bagi Malaysia dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala bagi kedua-dua negara sebanyak RM3.18 bilion (US$972.1 juta) pada tahun lepas.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China