Cari:
164 Waris Mangsa MH17 Terima Pampasan
2015-03-13 13:05:14 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan seramai 164 waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 telah mendapat bayaran pampasan pendahuluan daripada kerajaan setakat 6 Mac lepas.

Menurut beliau, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan sebanyak RM184,413 (US$50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris keluarga penumpang dan anak kapal. Jumlah pampasan yang dibayar kepada waris mangsa adalah mengikut Konvensyen Montreal 1999 berdasarkan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.

(sumber dari Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China