Cari:
120 Warga Malaysia Disahkan Terlibat IS
2015-03-13 13:06:47 CRI Cetak

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengumumkan seramai 120 orang warga negara itu disahkan terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS), antaranya 70 orang telah ditangkap polis kerana berniat untuk berjihad di Syria serta anggota IS yang pulang ke Malaysia, manakala 50 lagi masih berada di Syria.

Khalid berkata, pihak polis yakin, jumlah warga Malaysia yang terlibat dalam IS di Syria pasti jauh melebihi angka yang telah disahkan. Pihaknya mendapati ada dua orang warga Malaysia yang menggunakan agensi pelancongan dengan menawarkan pakej umrah sebagai laluan transit ke Syria selepas tiba di Madinah. Siasatan awal menunjukkan agensi umrah dan agensi pelancongan berkenaan tidak terlibat dalam merekrut anggota IS.

Beliau turut menegaskan, penglibatan warga Malaysia dalam IS tidak boleh dibiarkan. Langkah-langkah yang berkesan harus dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan masalah tersebut daripada semakin berleluasa. Rang Undang-undang Antikeganasan (POTA) yang dibentangkan kepada Parlimen bulan ini akan memperkasakan lagi undang-undang sedia ada bagi membendung penularan fahaman ekstrem seperti IS dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China