Cari:
Penggunaan TED Diperluas di Malaysia
2015-03-13 15:54:00 CRI Cetak

Penggunaan alat peranti penyisih penyu (TED) pada pukat tunda musim tengkujuh akan diperluas di seluruh negara. Ia berikutan kejayaan penggunaannya oleh 22 nelayan perintis di Kemaman sejak 2011. Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan.

Menurut beliau, pihaknya mendapati hasil kajian penyelidik Institut Penyelidikan Ikan Rantau Abang dengan kerjasama syarikat Hunstman-Tioxide Sdn Bhd ke atas penggunaan TED oleh nelayan di daerah itu sejak lima tahun lalu, banyak mendatangkan kesan positif.

Katanya, penggunaan TED bagi menyelamatkan penyu daripada terperangkap dalam pukat nelayan nyata memberi banyak kelebihan lain dan tidak menjejaskan hasil tangkapan nelayan. Antara kelebihan lain, hasil tangkapan lebih berkualiti dan mengurangkan penggunaan bahan api diesel oleh bot sehingga 10 peratus setiap kali tundaan. Pihaknya kini sedang giat memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan TED dalam kalangan nelayan-nelayan pukat tunda di seluruh negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China