Cari:
4 Warga China Maut Akibat Bom Pesawat Perang Myanmar
2015-03-14 15:07:12 CRI Cetak
Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin malam tadi meminta Duta Besar Myanmar ke China, U Thit Linn Ohn bertemu untuk melahirkan bantahan terhadap kematian dan kecederaan di wilayah Yunnan.

Menurut Liu, sebutir bom yang digugurkan dari pesawat perang Myanmar meletup di ladang tebu di bandar Lincang, barat daya wilayah Yunnan menyebabkan empat pekerja terkorban manakala sembilan lagi mengalami kecederaan. Kerajaan China mengutuk keras kejadian tersebut dan menggesa Myanmar supaya melakukan siasatan rapi dan menyeluruh terhadap kejadian itu, sekali gus bertindak untuk mengelakkan peristiwa serupa daripada berulang demi memelihara keselamatan dan kestabilan di sempadan kedua-dua negara.

Beijing sebelum ini memberi amaran berkaitan ancaman kestabilan di sempadan selepas perbalahan etnik memuncak di wilayah Kokang, timur laut wilayah Shan, Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China