Cari:
LIMA 2015 Bakal Cipta Sejarah
2015-03-14 15:10:43 CRI Cetak

Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Ke-13 (LIMA) 2015 akan mencipta sejarah tersendiri dengan kehadiran menteri pertahanan ASEAN paling ramai melalui Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara agenda bakal dibincangkan dalam mesyuarat yang julung kali diadakan itu merangkumi ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) dan persediaan ASEAN menghadapinya.

Selain itu, isu-isu keselamatan siber dan maritim, serta inisiatif-inisiatif ke arah memperkukuh kerjasama erat antara negara anggota turut dibincangkan.

LIMA 2015 akan berlangsung pada 17 hingga 21 Mac ini manakala ADMM akan diadakan pada 15 hingga 16 Mac ini.

Melalui inisiatif kebersamaan dalam ASEAN itu, Hishammuddin berharap, LIMA 2015 bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan erat dalam kalangan negara anggota tetapi turut merancakkan pasaran bagi industri maritim dan aeroangkasa pertahanan dan komersial.

Tambah beliau, kerajaan mengiktiraf pameran itu sebagai acara nasional dan meletakkannya sebaris dengan pameran industri pertahanan dan maritim utama dunia yang lain.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China