Cari:
Myanmar Digesa Jamin Keselamatan di Sempadan
2015-03-15 14:45:06 CRI Cetak

Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Komunis China (PKC), Fan Changlong, ketika menghubungi Panglima Besar Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Jeneral Senior Min Aung Hlaing melalui telefon petang semalam menyatakan, kematian empat warga China di barat daya wilayah Yunnan akibat terkena letupan bom yang digugurkan jet pejuang Myanmar menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat China.

Changlong mengingatkan pihak Myanmar supaya menyedari betapa teruknya kejadian tersebut dan bertindak tegas terhadap pesalah, sekali gus memohon maaf dan memberi pampasan kepada keluarga mangsa.

Beliau juga menuntut pucuk pimpinan tentera Myanmar supaya mengenakan kawalan ketat terhadap pasukannya bagi menghindari peristiwa serupa daripada berulang kembali. Kalau tidak, pasukan China akan bertindak lebih tegas untuk melindungi keselamatan jiwa dan harta benda rakyatnya.

Min Aung Hlaing membalas, pihaknya akan berserta China melakukan siasatan rapi terhadap kejadian berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China