Cari:
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Bermesyuarat di Langkawi
2015-03-16 14:15:07 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri-menteri anggota ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh.

Pada akhir mesyuarat itu, kesemua ketua delegasi dijadualkan menandatangani deklarasi bersama Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN mengenai "Mengekalkan Keselamatan dan Kestablian Serantau bagi dan oleh Rakyat".

Hishammuddin ketika ditemui pemberita semalam berkata, mesyuarat hari ini dijangka mencapai persefahaman dalam menangani kekangan anggota ASEAN khususnya dalam mendepani ancaman kumpulan militan IS.

Beliau berkata mesyuarat itu akan meneliti kaedah untuk menyatukan pendirian negara anggota dalam sebarang keadaan.

--BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China