Cari:
Myanmar Siasat Kes Pengeboman Orang Awam China di Sempadan
2015-03-17 11:00:32 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Myanmar, Wai Lwin yang sedang menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Langkawi semalam menyatakan bahawa pihaknya sedang menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat kes kematian dan kecederaan warga China akibat pengeboman pesawat tentera Myanmar di sempadan.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Wai Lwin memberitahu wartawan bahawa pihaknya telah menyampaikan rasa simpati kepada mangsa yang terlibat dan akan terus menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Myanmar dan China mengekalkan hubungan jiran yang bersahabat baik sejak sekian lama. Pihaknya berharap agar dapat meredakan situasi yang tegang di sempadan melalui kaedah diplomatik.

Bom yang dibawa oleh pesawat perang Myanmar terjatuh di wilayah China yang mengakibatkan kematian dan kecederaan warga China pada petang 13 Mac lalu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei mengesahkan Myanmar telah menghantar kumpulan kerja ke tempat kejadian kelmarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China