Cari:
Perompak Kedai di Beijing Warga Malaysia
2015-03-18 14:23:18 CRI Cetak

Menurut polis Beijing semalam, suspek yang terlibat dalam kes rompakan kedai jam tangan di kawasan komersial Wangfujing, Beijing disahkan warga Malaysia.

Suspek itu bernama Moi Kit Leng, lelaki, 38.

Kini, suspek berkenaan telah ditahan oleh polis, kes itu sedang disiasat.

Pada malam 16 Mac lalu, seorang lelaki merompak sebuah kedai jam tangan di Wangfujing. Pihak polis tempatan segera menghantar polis dan berjaya menahan suspek berkenaan 22 minit selepas rompakan berlaku.

Menurut siasatan awal, suspek berkenaan mengaku merompak kedai itu dengan menggunakan pistol plastik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China