Cari:
Indonesia Kecualikan Visa kepada 30 Negara
2015-03-18 10:55:58 CRI Cetak

Indonesia bakal mengecualikan visa kepada pelancong dari 30 buah negara. Ini diyakini dapat membantu meningkatkan ekonomi negara itu berikutan kelemahan mata wang rupiah sejak kebelakangan ini.

Buat masa ini, Indonesia hanya memberikan pengecualian itu kepada 15 buah negara, kebanyakannya negara Asia Tenggara.

Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya berkata, kebanyakan 30 buah negara yang menikmati kelebihan itu adalah negara dari benua Eropah, termasuk China dan beberapa negara Asia, Amerika Syarikat, beberapa negara Asia Barat serta Afrika.

Sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China