Cari:
Yingluck Hadapi Dakwaan Jenayah
2015-03-19 18:07:06 CRI Cetak

Mahkamah Agung Thailand memutuskan untuk menerima kes mantan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra. Sidang pendengaran pertama akan diadakan pada 19 Mei nanti.

Menurut sidang akhbar Mahkamah Agung Thailand, berdasarkan prosedur undang-undang, Yingluck mesti menghadiri sidang pendengaran tersebut. Yingluck mungkin akan dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Jabatan Peguam Negara Thailand secara rasmi mengemukakan dakwaan terhadap Yingluck kepada Mahkamah Agung pada 19 Februari lalu. Antara dakwaan itu termasuk penyelewengan dalam program pembelian beras semasa beliau menjawat Perdana Menteri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China