Cari:
Hishammuddin: Kerjasama Tentera Udara ASEAN Diperkukuh
2015-03-19 16:36:01 CRI Cetak

Malaysia mahu kerjasama angkatan udara dalam kalangan negara ASEAN diperkukuh untuk menghadapi ancaman global yang kompleks.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan kerjasama yang lebih erat, negara anggota akan mampu meningkatkan keyakinan mereka di dalam meningkatkan langkah membina keyakinan, berkongsi maklumat, kepakaran dalam bidang tertentu dan kegiatan teknologi.

Berucap merasmikan Persidangan Panglima Tentera Udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, Datuk Seri Hishammuddin berkata negara anggota ASEAN perlu terus terlibat di dalam dialog, membandingkan amalan terbaik, dan menjalankan latihan dua hala dengan pelbagai pihak.

Jelasnya, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, berjanji akan memperjuang inisiatif rantau ini untuk menjadi blok serantau yang moden dan amat penting. Pada masa sama, negara anggota ASEAN pula dialu-alukan bagi berkongsi aktiviti di peringkat domestik sedia ada atau telah dirancang bagi manfaat bersama.

Dengan senario keselamatan global yang kompleks, Malaysia berpendapat sesebuah negara tidak lagi mampu menghadapi cabaran itu secara bersendirian. Justeru, anggota ASEAN perlu bekerjasama dan merangka penyelesaian atas kepentingan bersama demi keselamatan dan kepentingan rantau ini.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China