Cari:
Jabatan Perdana Menteri Singapura Buat Laporan Polis
2015-03-19 12:11:53 CRI Cetak

Jabatan Perdana Menteri Singapura membuat laporan kepada pihak polis mengenai terdapat laman sesawang yang menyiarkan maklumat palsu tentang "Lee Kuan Yew meninggal dunia".

Jabatan itu mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan kesihatan Lee Kuan Yew semakin merosot dan kini amat kritikal. Beliau masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). Jabatan itu telah mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan Lee Kuan Yew selama dua hari berturut-turut sehingga mengakibatkan orang ramai menumpukan perhatian terhadap Lee.

Beberapa media masing-masing memetik gambar dengan lambang laman sesawang Jabatan Perdana Menteri Singapura yang menyatakan "Lee Kuan Yew meninggal dunia" pada pukul 10 malam semalam. Jabatan itu segera menjelaskan bahawa pihaknya tidak "mengeluarkan maklumat tersebut" dan menyeru orang ramai menyiasat sumber maklumat itu terlebih dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China