Cari:
Pelbagai Pihak Digesa Bersabar dalam Isu Laut China Selatan
2015-03-19 14:04:25 CRI Cetak

Vietnam dan Australia menggesa pelbagai pihak yang berkenaan supaya bersabar dalam isu Laut China Selatan, dan memberi amaran jangan menggunakan sebarang kekerasan.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, dalam rangka lawatannya ke Australia menyatakan bahawa Tatalaku di Laut China Selatan patut disusun. "Kami bersetuju untuk bersabar dan mengelakkan tindakan yang mengakibatkan ketegangan situasi serantau meningkat, antaranya termasuklah menggunakan kekerasan", kata beliau.

Nguyen Tan Dung dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott turut memeterai Perjanjian Kerjasama Keselamatan dan Pertahanan yang membenarkan tentera Vietnam menerima latihan di Australia dan mengambil bahagian dalam latihan tentera bersama di Australia.

Menurut Tony Abbott, Australia dan Vietnam menyokong kebebasan laluan laut dan udara di Laut China Selatan, menentang tindakan mengubah keadaan sekarang dan menyokong menyelesaikan pertikaian isu Laut China Selatan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China