Cari:
Kerajaan Myanmar Setuju Adakan Rundingan Khas Isu Kokang
2015-03-20 12:29:37 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar bersetuju untuk mengadakan rundingan khas mengenai isu Kokang selepas rundingan pusingan ke-7 rundingan perjanjian gencatan senjata kebangsaan berakhir.

Demikian dikatakan ahli Suruhanjaya Penyelarasan Gencatan Senjata Kebangsaan Myanmar, U Syan Lot Gan semalam.

Menurut beliau, isu politik sepatutnya diselesaikan melalui kaedah politik. Kerajaan menggesa kawasan Kokang melaksanakan gencatan senjata. Kedua-dua pihak kini sedang berbincang tentang rang perjanjian gencatan senjata. Oleh itu, isu Kokang akan dibincangkan dalam rundingan khas tersebut.

Kerajaan Myanmar mengadakan rundingan pusingan ke-7 dengan kumpulan militan etnik minoriti selama enam hari bermula pada 17 Mac lalu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan konflik melalui kaedah politik dan mencari jalan penyelesaian demi mengurangkan konflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China