Cari:
China Utamakan Kerjasama dengan Indonesia
2015-03-20 12:37:23 CRI Cetak

ASEAN merupakan keutamaan China dalam urusan diplomatik jiran serta kerjasama ekonomi dan perdagangan luar, manakala Indonesia merupakan negara yang utama bagi China.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke ASEAN, Yang Xiuping di Jakarta kelmarin.

Menurut beliau, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiri Sidang Kemuncak APEC yang diadakan di Beijing pada November lalu dan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping. Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang.

Presiden Jokowi dijangka akan mengadakan lagi lawatan ke China pada minggu depan dan menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao. Sempena lawatan tersebut, kedua-dua negara akan membincangkan kerjasama dalam Laluan Sutera Maritim anjuran China, kaedah untuk menarik lebih banyak perusahaan China melabur di Indonesia dan menyokong pembinaan kemudahan infrastruktur di negara itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China