Cari:
ASEAN akan Buka Ruang Udara
2015-03-20 15:06:10 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Liow Tiong Lai menyatakan ASEAN akan melaksanakan dasar membuka ruang udara demi perkhidmatan penerbangan tunggal pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Aeroangkasa ASEAN sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015.

Menurut beliau, kesemua anggota ASEAN telah menyedari pentingnya dasar pembukaan ruang udara demi pembangunan ekonomi. Oleh itu, pembukaan ruang udara disenaraikan sebagai 12 sektor utama yang diberikan tumpuan oleh ASEAN.

Dijangka pada tahun 2030, pembukaan ruang udara ASEAN akan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi serantau. Perjanjian pembukaan ruang udara membantu mengekalkan keselamatan dan kestabilan jaringan penerbangan serta menggalakkan pelancongan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China