Cari:
Kabinet Malaysia Tangguh Kenaikan Tambang
2015-03-21 16:06:57 CRI Cetak
Kabinet Malaysia hari ini difahamkan bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tambang baharu teksi dan bas ekspres yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat kerana kenaikan tambang itu dilihat bukan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.

Kadar baharu pengangkutan awam itu melibatkan kenaikan tambang teksi dan kereta sewa sebanyak 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala kadar tambang bas ekspres naik 22.6 peratus mulai 15 Mei ini.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan, keputusan membenarkan kenaikan tersebut setelah mengambil kira kenaikan kos terpaksa ditanggung pengusaha pengangkutan awam.

Walau bagaimanapun, pelbagai pihak membantah kenaikan tambang itu kerana dilihat bakal membebankan rakyat sekali gus menggesa pihak kerajaan untuk mengkaji dan menyemak semula kenaikan tambang tersebut dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan perkara berkenaan.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China