Cari:
Indonesia Lancarkan Kempen Selamatkan Harimau
2015-03-21 16:09:26 CRI Cetak

Demi menjaga kelangsungan hidup harimau Sumatera di Jambi yang didapati semakin terancam ekoran kepupusan akibat penerokaan hutan, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia bertindak melancarkan kempen penanaman semula 120 batang pokok di satu kawasan hutan di Indonesia.

Akhbar detik.com melaporkan, beberapa NGO di Indonesia, Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM), Forum Harimau Kita (FHK) dan Hutan Harapan atas rasa prihatin telah melancarkan kempen penanaman pokok di beberapa buah hutan yang mengalami masalah penerokaan yang serius.

Ketua Hal Ehwal Awam, Hutan Harapan, Surya Kusuma menjelaskan, kempen yang dilakukan secara bersama ini bertujuan menanam 120 batang pokok hutan daripada pelbagai jenis di beberapa lokasi yang didapati diteroka dengan rakus terutama di Hutan Harapan, daerah Batang Hari, Jambi.

Kata Surya, kawasan Hutan Harapan merupakan kawasan hutan yang dipulihkan demi mengembalikan ekosistem alam semula jadi yang semakin terancam ketika ini.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China