Cari:
Menteri Kewangan ASEAN Kongsi Pandangan
2015-03-22 15:41:52 CRI Cetak
Menteri-menteri Kewangan dari semua negara anggota ASEAN menemui peserta Sidang Kemuncak Mini Keusahawanan 1ASEAN (Mini 1AES) bagi berkongsi pandangan dan pengalaman demi pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan. Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam ucapannya berkata, Malaysia sendiri akan sentiasa menyokong para usahawan untuk berjaya dan membina pertumbuhan ekonomi. Menteri Kewangan Thailand, Sommai Phasse pula mengingatkan usahawan muda agar sentiasa memeriksa imbangan mereka di antara kesungguhan untuk berkembang dengan perkara lain dalam hidup. Sementara itu, Menteri Kewangan Indonesia, Bambang Permadi Soemantri Brodjonegoro berkata, menjadi usahawan ibarat mencipta kerjaya untuk masyarakat dan mencipta pertumbuhan dalam ekonomi. Menteri Kanan Kerajaan Singapura, Josephine Teo Li Min pula berkata, kepelbagaian bahasa dan peraturan dari setiap negara menjadi cabaran utama yang perlu diatasi oleh para usahawan di ASEAN. Katanya, kepelbagaian itu bagaimanapun bukanlah halangan untuk ASEAN bersatu kerana ia dapat ditangani menerusi inovasi dan ciptaan semula daripada usahawan. --- sumber dari utusan
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China