Cari:
Lee Kuan Yew Meninggal Dunia
2015-03-23 11:28:25 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, menerusi jurucakapnya menyampaikan simpati beliau dan ucapan takziah kepada keluarga Encik Lee, kerajaan dan rakyat Singapura.

Menurut kenyataan, Encik Lee merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati kerana kepimpinan dan keupayaan berpolitik. Dalam tempoh pemerintahan beliau selama 30 tahun, beliau bertanggungjawab menjadikan Singapura daripada sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada sebuah negara terkaya dan pusat perdagangan dan kewangan global yang maju.  

Selain itu, Ban dalam kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama kerajaan Singapura dengan PBB yang erat dan berharap agar hubungan kedua-dua pihak semakin baik.

Presiden AS, Barack Obama turut mengucapkan takziah atas pemergian mantan Perdana Menteri Singapura itu, di samping memberikan penghargaan yang tinggi kepada mendiang Lee Kuan Yew sebagai bapa pemodenan Singapura dan ahli strategi yang penting bagi rantau Asia.

  


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China