Cari:
Keturunan Cina Dilantik Ketua PDI-P Medan
2015-03-23 16:52:24 CRI Cetak

Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), sebuah parti pemerintah negara itu melantik Hasyim Se sebagai ketua parti itu di Medan, ibu kota provinsi Sumatera Utara. Pelantikan ini merupakan pelantikan pertama bagi tokoh berketurunan Cina sebagai pemimpin di bandar ketiga terbesar Indonesia itu.

Dalam temu ramah dengan wartawan "The Jakarta Post" baru-baru ini, Hasyim Se menyifatkan pelantikan beliau sebagai ketua parti bagi bandar Medan adalah satu kebanggaan kepada masyarakat Cina. Hal ini turut menunjukkan PDI-P komited melaksanakan nilai bangsa dengan bersungguh-sungguh.

Tambah beliau, pihaknya kini memberikan tumpuan kepada pilihan raya Datuk Bandar Medan pada bulan Disember tahun ini dan pemilihan umum parlimen yang bakal diadakan pada tahun 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China