Cari:
Singapura akan Terus Utamakan Kepentingan Awam
2015-03-24 15:19:39 CRI Cetak

Singapura akan terus melangkah ke arah masyarakat yang mengutamakan kepentingan awam memandangkan negara itu kini telah mencapai tahap kemodenan yang cukup tinggi. Demikian dinyatakan oleh penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ei Sun Oh semalam.

Menurut beliau, Singapura telah mencapai hasil yang mengagumkan dunia sejak penubuhan republik itu pada 50 tahun yang lalu, malah telah mewujudkan model Singapura yang amat istimewa.

Tambah beliau, banyak unsur daripada model Singapura boleh menjadi contoh yang baik kepada negara-negara di dunia, termasuk pelantikan pegawai yang efisien, usaha antirasuah dan pembangunan masyarakat di sisi undang-undang. Bagaimanapun, pemikiran pragmatik adalah antara yang boleh dipelajari daripada Singapura. Dasar luar Singapura berdasarkan pemikiran pragmatik itu akan terus diamalkan oleh Singapura kerana ini merupakan kaedah penting bagi negara yang berwilayah kecil itu untuk terus memainkan peranan dalam bidang geopolitik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China