Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang akan mengadakan lawatan rasmi empat hari di China merancang menghadiri Sidang Tahunan Forum Asia Boao di provinsi Hainan. Sementera itu, buku biografinya telah dilancarkan semasa seminar "Satu Jalur dan Satu Laluan, Hubungan China-Indonesia" yang diadakan di Beijing hari ini.
Buku tersebut mengisahkan perjuangan Presiden Indonesia itu sejak zaman remaja dan pengalaman beliau sejak 10 tahun yang lalu sebagai seorang peniaga perabot, datuk bandar, gabenor provinsi dan presiden. Buku tersebut turut menghuraikan gagasan Joko Widodo untuk membangunkan Indonesia sebagai negara kuasa besar maritim dan dasar-dasar beliau dalam pentadbiran negara dan dasar luar.