Cari:
Dialog Gabenor Provinsi dan Datuk Bandar China-ASEAN di Boao
2015-03-27 15:27:29 CRI Cetak

Dialog Gabenor Provinsi dan Datuk Bandar China-ASEAN diadakan di Boao, provinsi Hainan China hari ini. Sebagai salah satu acara penting dalam Sidang Tahunan Forum Asia Boao, dialog tersebut telah menarik penyertaan 16 buah provinsi dan bandar di China dan rantau ASEAN.

Para peserta dalam dialog tersebut berpendapat bahawa hasil kerjasama antara kerajaan tempatan boleh memberikan manfaat kepada rakyat, dan menyediakan sokongan yang kukuh kepada hubungan pelbagai negara. Penyertaan kerajaan tempatan amat perlu dalam menjayakan gagasan utama, termasuk pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN dan pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China