Cari:
PM China Temui Jokowi
2015-03-28 14:23:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Balai Besar Rakyat di Beijing semalam.

Li dalam pertemuan itu berkata bahawa Indonesia telah menetapkan rancangan bagi pembangunan infrastruktur secara besar-besaran dalam tempoh 5 tahun akan datang. Kerajaan China menggalakkan lebih banyak syarikat China yang kuat dan berprestasi tinggi untuk melabur di Indonesia dan mengambil bahagian dalam pembinaan landasan kereta api kelajuan tinggi dan taman perindustrian di pelbagai pelabuhan negara itu.

Joko Widodo pula menyatakan hasrat pihaknya untuk menaiktaraf kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, di samping memperkasakan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, industri maritim, pertanian, penerbangan dan pelancongan supaya dapat terus meningkatkan jumlah perdagangan dua hala.

Selepas pertemuan itu, Perdana Menteri Li Keqiang dan Presiden Joko Widodo juga bersama-sama menghadiri Form Kerjasama Ekonomi China-Indonesia yang bertemakan "memperdalam kerjasama menang-menang, dan bersama-sama berkongsi peluang pembangunan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China