Cari:
Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN Dilancarkan
2015-03-29 15:41:34 CRI Cetak

Forum Pembangunan Bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 diadakan semasa berlangsung sidang tahunan Forum Asia Boao di Hainan semalam, sekali gus melancarkan Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN.

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu berkata, pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dilakukan berdasarkan semangat bersahabat, terbuka, inklusif, saling mempelajari dan saling menguntungkan bagi tujuan memperkasa kerjasama maritim secara menyeluruh. China akan bekerjasama dengan pelbagai negara dalam menjalinkan hubungan rakan yang saling menguntungkan dalam isu maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China