Sidang Meja Bulat Pemimpin dan Kumpulan Pemikir Cina bersempena dengan Sidang Tahunan Forum Asia Boao 2015 diadakan di Boao, Hainan semalam.
Sidang meja bulat pada kali ini mengadakan perbincangan mengenai topik "Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan Pembinaan Laluan Sutera Maritim". Para peserta menyampaikan ucapan dan berintekrasi mengenai cara kaum Cina menyertai penaiktarafan CAFTA dan pembinaan Laluan Sutera Maritim, situasi ekonomi semasa usahawan Cina dalam lingkungan CAFTA dan Laluan Sutera Maritim.
Ketua Jabatan, Hal Ehwal Orang Cina Dewan Negara China, Qiu Yuanping dalam ucapannya menyatakan bahawa usahawan Cina di seberang laut diharap dapat terlibat dalam pembinaan saling hubungan, penaiktarafan CAFTA serta menggalakkan pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim.
Sidang pada kali ini turut dihadiri lebih 20 orang pemimpin perniagaan Cina dan pakar kumpulan pemikir dari Tanah Besar China, Hong Kong, Makau serta Singapura, Indonesia dan Thailand.