Cari:
12 Maut Akibat Tanah Runtuh di Indonesia
2015-03-30 13:45:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebanyak 12 orang maut akibat tanah runtuh yang berlaku di bandar Sukabumi, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada tengah malam 28 Mac lalu.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata demikian semalam.

Sutopo berkata, tanah runtuh akibat hujan lebat pada tengah malam itu mengakibatkan 11 buah rumah dan 12 orang penduduk tempatan tertimbus, manakala 300 orang penduduk yang lain telah diarahkan berpindah. Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota tentera, polis dan sukarelawan tempatan telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas berlakunya kejadian tersebut. Kini, semua mayat mangsa telah ditemukan dan operasi berkenaan telah dihentikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China