Cari:
Nanning Rancang Bina Taman Industri Pertanian China-Brunei Darussalam
2015-03-30 16:02:06 Agensi Berita China Cetak
Sebagai pusat pertukaran dan kerjasama China dan ASEAN, Nanning, ibu kota wilayah Guangxi mengambil peluang untuk mengadakan kerjasama Koridor Ekonomi, merancang bersama-sama dengan Brunei Darussalam untuk membina Taman Industri Pertanian China dan Brunei Darussalam agar paltform baharu kerjasama yang pragmatik dalam sektor pertanian antara China dengan ASEAN dapat dilaksanakan.

Menurut maklumat pihak berkuasa bandar Nanning, lokasi taman industri tersebut terletak di pekan Shuangding, barat laut Nanning. Pusat Makanan Halal, Pusat Pemprosesan Produk Pertanian, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi serta Taman Pelancongan Pertanian dan Taman Kesihatan Ekologi merupakan projek pembinaan utama dalam taman tersebut. Jumlah pelaburan keseluruhannya dijangka bernilai USD 7 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China