Cari:
Li Yuanchao Hadiri Upacara Persemadian Mendiang Lee Kuan Yew
2015-03-30 11:29:32 CRI Cetak

Sebagai utusan khas Presiden China, Xi Jinping, Naib Presiden Li Yuanchao telah menghadiri upacara persemadian mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew petang semalam.

Li Yuanchao yang mewakili Presiden Xi, kerajaan dan rakyat China mengucapkan takziah dan dukacita atas pemergian pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, serta menyampaikan mesej lisan Presiden Xi kepada pihak Singapura.

Presiden Xi dalam mesej lisannya kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengucapkan takziah atas pemergian mendiang Lee Kuan Yew. Beliau menyatakan mendiang Lee Kuan Yew adalah pengasas republik dan juga ahli politik dan strategi yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Beliau adalah rakan lama rakyat China. Sebagai pengasas, pembina dan penggerak hubungan China-Singapura, mendiang Lee Kuan Yew bersama-sama dengan pemimpin veteran China telah menetapkan arah perkembangan hubungan bilateral dan telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam mempererat hubungan persahabatan rakyat dan menjalankan kerjasama kedua-dua negara.

Kedua-dua negara kini sedang mengekalkan momentum yang amat baik. China bersedia untuk bersama-sama dengan Singapura mengekalkan dan mengembangkan hubungan persahabatan tradisional. Sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, kedua-dua pihak akan mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada negara dan rakyat kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China