Cari:
Kerajaan Filipina Sangkal Lepaskan Tuntutan Hak Kedaulatan Sabah
2015-03-31 14:02:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kementerian Luar Filipina semalam mengadakan sidang media dan menyangkal negaranya melepaskan tuntutan hak kedaulatan Sabah, Malaysia.

Sebelum ini, kementerian itu mengeluarkan nota diplomatik kepada Kedutaan Besar Malaysia ke Filipina bahawa negaranya bercadang untuk melepaskan tuntutan hak kedaulatan Sabah bagi mendapatkan sokongan penimbangtaraan Malaysia dalam isu Laut China Selatan yang dikemukakan oleh Filipina.

Jurucakap Kementerian Luar Filipina, Charles Jose, dalam sidang media mengesahkan adanya nota diplomatik tersebut. Namun, beliau berkata, kandungan nota itu tidak melibatkan Sabah dan keputusan melepaskan tuntuan hak kedaulatan Sabah tidak akan menjadi pilihan negaranya.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China