Cari:
Lawatan Jokowi ke China dan Jepun Galakkan Perdagangan
2015-03-31 12:32:42 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo(Jokowi) telah mengadakan lawatan ke China dan Jepun pada minggu lalu. Lawatan tersebut telah menggalakkan kerjasama perdagangan Indonesia dengan kedua-dua negara. Ketua Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Franky Oesman Widjaja yang mengiringi Jokowi memberitahu wartawan akhbar Jakarta Globe bahawa Indonesia memperoleh pelaburan yang lebih banyak daripada China berbanding dengan Jepun dalam lawatan kali ini.

China berjanji akan melabur USD 68.44 bilion dalam ekonomi Indonesia. Walaupun Syarikat Toyota Motor dan Suzuki Motor Jepun berjanji untuk menggubal rancangan pelaburan baharu di Indonesia, tetapi jumlah pelaburan tersebut hanya mencatat USD 5.6 bilion sahaja.

Jokowi dan Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan rundingan di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada 26 Mac lalu. Kedua-dua pihak menandatangani lapan perjanjian yang melibatkan pembinaan infrastruktur, penerokaan ruang angkasa dan penerbangan serta pencarian dan penyelamatan maritim juga termasuk memorandum pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi antara Jakarta ke Bandung Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China