Cari:
Thailand Perbaiki Keselamatan Penerbangan Awam
2015-03-31 13:38:31 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Thailand, Prajin Juntong semalam menyatakan bahawa kerajaan akan mengeluarkan langkah khas untuk memperbaiki keselamatan penerbangan awam supaya penerbangan antarabangsa yang baru ditawarkan tidak dilarang daripada memasuki negara lain.

Prajin Juntong menyatakan bahawa selepas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengumumkan Thailand adalah antara negara yang berbahaya pada awal tahun ini, Jepun mengumumkan pada minggu lalu melarang penerbangan baharu Thailand memasuki negaranya. Kerajaan Thailand bimbang langkah Jepun itu akan menyebabkan negara lain, termasuk Republik Korea dan Singapura mengambil langkah yang sama.

Prajin Juntong mengakui Thailand perlu meningkatkan langkah pemeriksaan keselamatan penerbangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China