Cari:
Pelbagai Pihak Berkonflik Myanmar Digesa Hentikan Konflik
2015-04-01 13:35:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai pihak yang berkonflik di Myanmar patut bekerjasama bagi mengelakkan berlakunya konflik yang baharu.

Demikian digesa oleh kedua-dua pihak yang menyertai rundingan damai dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa masih ada beberapa tempat di Myanmar yang berkonflik ketika kami berusaha untuk mencapai Perjanjian Genjatan Senjata Kebangsaan (NCA). Konflik bukan sahaja menggangu rundingan damai, malahan proses perdamaian negara itu.

Pada hari yang sama, Presiden Myanmar, U Thein Sein menyaksikan penandatanganan draf NCA antara kedua-dua pihak. Utusan Khas Hal Ehwal Asia Kementerian Luar China, Wang Yingfan dan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB mengenai Myanmar, Vijay K. Nambiar sebagai anggota pemerhati menghadiri rundingan damai pada kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China