Cari:
China Harap Perdamaian di Utara Myanmar Dipulihkan Semula
2015-04-01 14:16:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mengalu-alukan kerajaan Myanmar dan kumpulan militan tempatan etnik minoriti mencapai kemajuan yang positif dalam rundingan damai pusingan baharu. Pelbagai pihak yang terlibat diharap dapat menandatangani Perjanjian Genjatan Senjata Kebangsaan (NCA), meredakan ketegangan di utara Myanmar, sekali gus memulihkan semula keamanan dan kestabilan di utara Myanmar dan kawasan sempadan China dan Myanmar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, berkata demikian dalam sidang media semalam.

Hua mendedahkan bahawa China bersedia untuk memainkan peranan yang membina dalam usaha menggalakkan rundingan damai pihak-pihak yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China